Rukun Islam mempunyai 5 perkara yang wajib diamalkan oleh penganutnya (MUSLIM):
1. SYAHADAH
Syahādah(الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam.
'
2. SOLAT
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam. 5 Waktu tersebut adalah, Subuh, Zuhur, Asar, Magrib dan Isya'.
3. ZAKAT
Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan.
4. PUASA
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Kewajipan berpuasa bagi Umat Islam adalah pada bulan Ramadhan.
5. HAJI
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain. Masjidil haram terletak di Mekah, Arab Saudi.




Alhamdulillah, ilmu yg bermanfaat
ReplyDeleteSalam kak nurul saya nak tanya apa jadi kalau saya buat semua kat atas tapi saya x solat? Saya bukan org islam dah ke?
ReplyDeletetq budak skolah atas perkongsian ilmu
DeleteTidak sempurna sesuatu rumah tanpa tiang asasnya. Tidak sempurna muslim itu kerana kekurangan rukunnya
ReplyDeleteTerima kasih info yang sangat bagus dan lengkap.
ReplyDeleteIlmu yang manfaat... Terima kasih...
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua
ReplyDelete