Thursday, 12 November 2015

AKHLAK: Sabar

'sabar itu sebahagian daripada iman'

bukan mudah mendidik diri untuk mnjadi seorang yg sangat sabar dan redha. sifat mahmudah  ini sbenarnya sudah smulajadi berada dalam diri manusia, namun setiap manusia punya level sabar yang berbeza-beza mengikut amal dan tingkahlaku masing-masing. 

Menurut Al-Imam Abdullah Al-Haddad melalui buku beliau 'Kitab Risalatul Mu'awanah', kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :
1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat



Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425)

Berikut merupakan Lagu Sabar yang pernah didendangkan oleh Kumpulan Brother's:







KHAT: Penulisan Khat Nasakh Asas

Berikut adalah tutorial penulisan Khat Nasakh Asas yang ditunjukkan di dalam gambar dan video di bawah:




Friday, 6 November 2015

AKHLAK : Nabi Muhammad SAW

masjid nabawi

Rasulullah s.a.w.  adalah insan yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyahtersebut. Beliau memberi nama kunyah kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah  kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti namakunyah Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati ‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah mati.”Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]
Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm ‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan ‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w.  adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
  1. Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
  2. Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
  3. Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.
  4. Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
  5. Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]
  6. Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.

FEQAH: 13 Rukun Solat

1. Berdiri Betul
Jika tidak mampu boleh dengan duduk, jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring
2. Niat
Dilakukan sewaktu mengangkat takbiratul ihram
3. Takbiratul Ihram
Mengucapkan perkataan Allahu Akbar
4. Membaca Al-Fatihah
Bermula dengan bacaan Bismillah, hingga Waladhaallin
5. Rukuk dengan Thumakninah
Membongkok 90 derajat
6. Iktidal dengan Thumakninah
Berdiri betul selepas rukuk
7. Sujud Dua Kali dengan Thumakninah
Membongkok sehingga dahi berada dipatas lantai
8. Duduk Antaran dua sujud dengan Thumakninah
Duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. Duduk Bagi Tahaiyat akhir
10. Membaca Tahaiyat Akhir
11. Membaca salawat
Membaca salawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW
12. Memberi Salam
Memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. Tertib
Mengikuti aturan, tuntunan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam solat dari rukun ini dinamakan sunat
Keterangan:
Thumakninah dalam solat adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut

TAUHID: Rukun Islam

Rukun Islam mempunyai 5 perkara yang wajib diamalkan oleh penganutnya (MUSLIM):

1. SYAHADAH

Syahādah(الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam.














'
2. SOLAT

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam. 5 Waktu tersebut adalah, Subuh, Zuhur, Asar, Magrib dan Isya'.











3. ZAKAT

Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan.














4. PUASA

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Kewajipan berpuasa bagi Umat Islam adalah pada bulan Ramadhan.



5. HAJI

Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain. Masjidil haram terletak di Mekah, Arab Saudi.