Rasulullah s.a.w. adalah insan yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyahtersebut. Beliau memberi nama kunyah kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti namakunyah Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati ‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah mati.”Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]
Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm ‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan ‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w. adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
- Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
- Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
- Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.
- Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
- Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]
- Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.

Akhlam Rasulullah SAW adalah Al-quran
ReplyDeleteinfo yang berguna
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga kita dapat mengamalkan akhlak yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w
ReplyDeleteAlhamdulilah..boleh dijadikan rujukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemoga kita dpt mncontohi akhlak terpuji ini...
ReplyDeletesemoga kita dpt mncontohi akhlak terpuji ini...
ReplyDelete