Thursday, 12 November 2015

AKHLAK: Sabar

'sabar itu sebahagian daripada iman'

bukan mudah mendidik diri untuk mnjadi seorang yg sangat sabar dan redha. sifat mahmudah  ini sbenarnya sudah smulajadi berada dalam diri manusia, namun setiap manusia punya level sabar yang berbeza-beza mengikut amal dan tingkahlaku masing-masing. 

Menurut Al-Imam Abdullah Al-Haddad melalui buku beliau 'Kitab Risalatul Mu'awanah', kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :
1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat



Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425)

Berikut merupakan Lagu Sabar yang pernah didendangkan oleh Kumpulan Brother's:







8 comments:

  1. Salam kak nurul. Terima kasih diatas perkongsian ini. Sesungguhnya saya sgt memerlukan ini sekarang. Benar, bukan mudah mendidik diri ini untuk bersabar dan redha. Lain kita rancang lain pula yg jadi. Lepas satu pergi satu lagi kembali. Hidup xkan pernah jd sunyi kan? Bicara mudah mengata sabar namun hatilah yang kuat ataupun tidak. Semoga Allah sentiasa bg kita kekutan untuk melalui apa sahaja. Amin

    ReplyDelete
  2. prkongsian yg amat brguna..tq fr sharing..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah satu perkongsian ilmu yang bagus dan menarik.

    ReplyDelete
  4. Bermuhasabah diri..terkesan sungguh..Tunjukkanla kami jalan yang lurus.iaitu jalan orang-orang yang kau kurniakan nikmat dan bukan jalan orang yang dimurkai juga sesat..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas info... Sabar adalah separuh daripada iman... Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar...

    ReplyDelete